Novel Nur Iman 'Puteri Solehah' adalah merupakan karya sulung penulis Ida Rahman terbitan PTS Islamika di bawah tag line 'Syoknya Baca. Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun, seorang yang bersopan santun dan berakhlak mulia. Namanya adalah Putri Nur Iman. Sejak kecil lagi, dia amat meminati kisah-kisah puteri.
Mungkin kerana memiliki nama Putri maka dia begitu terkesan sekali setiap kali membaca kisah puteri dalam cerita-cerita fantasi seperti ‘Cinderella ‘ atau ‘Snow White’. Akibat terlalu minat... Nur Iman akan berpakaian ala puteri fantasinya di majlis hari jadinya pada setiap tahun.
Menjelang hari jadinya yang ke 10, Nur Iman mula merasakan ada suatu kelainan dalam dirinya dan dia cuba mencari jawapan. Dalam pencariannya itu... Nur Iman telah menemui satu jawapan yang kemudian telah mula merubah pandangannya lalu dia bertekad, untuk tidak mahu lagi menjadi puteri fantasi, sebaliknya merubah citarasanya itu kepada 'Puteri Solehah'.
Mengapakah dia mula bertukar arah… dan apakah faktor yang telah membawanya keluar dari dunia fantasi dan beralih ke dunia realiti? Nur Iman juga berdoa kepada Allah SWT agar hari jadinya yang ke 10 itu nanti, akan menjadi satu hari yang paling bermakna buat dirinya.
Tanpa diduga... sesuatu telah berlaku sebelum menjelang hari jadinya. Adakah harapan Nur Iman pada hari jadinya yang ke 10 itu akan menjadi satu kenyataan? Jom ikuti kisah ini dan dapatkan jawapannya.
Novel ini sungguh unik dan ternyata lain dari yang lain. InsyaAllah… kawan-kawan akandapat merasakan kesan yang cukup positif selepas mengikuti kisah yang menarik ini.
0 comments:
Post a Comment