Anak gadis yang jujur.
Kisah seorang anak gadis dan ibunya yang menjual susu. Si ibu ingin mencampurkan susu dengan air untuk mendapat untung yang lebih. Lantas si anak mengingatkan tentang larangan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab agar para penjual tidak mencampurkan air ke dalam susu.
Lantas si ibu memberikan alasan, "Ah! Kalau kita campur pun, mana Amirul Mukminin boleh tahu".
Maka si anak memberikan jawapan yang sangat bermakna, "jika Amirul Mukminin tidak melihat kita, tetapi Tuhan Amirul Mukminin tetap melihat kita!"
Pengembala Kambing
Abdullah bin Dinar yang berjalan bersama dengan Umar al-Khattab ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka terserampak dengan seorang penggembala dari atas gunung.
Maka Umar cuba mengujinya dengan berkata:
'Wahai penggembala, juallah kepada ku seekor dari kambing itu. Maka jawab pengembala:'Sesungguhnya aku hanya hamba sahaya'.
Umar berkata lagi: 'Katakanlah sahaja kepada tuan mu, bahawa kambing itu dimakan oleh serigala.'
Penggembala itu menjawab dengan ringkas tapi padat:
'Kalau begitu, dimanakah Tuhan?'
Umar menangis mendengar jawapan itu. Lalu beliau mengikutnya pulang menemui tuannya dan Umar membeli hamba si penggembala itu untuk membebaskannya.
Pengajaran :
Demikianlah contoh kejujuran tinggi yang dapat meleburkan sifat tamak haloba dan khianat. Anak-anak yang ditanam rasa kehadiran Allah tentunya akan menjauhi sifat menipu atau mengambil hak orang lain.
Mudah-mudahan anak-anak kita semua dapat dilatih dengan sifat jujur dan akhlak mulia sehingga meninggalkan sifat jahat dan akhlak yang buruk.
Artikel iluvislam.com
0 comments:
Post a Comment