Saturday, January 14, 2012

Tips Memilih Teman Baik






"Seseorang berada di atas agama kawannya."

Demikian pesan Nabi kita. 

Kenapa ye? 

Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.

Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.

              Maka, 

Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.

Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.

              Nak cari di mana?

Hmm, memang susah nak cari. 

Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.

Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.

              Bagaimana menghargai?

Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. 

Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?

              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?

Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.

              Apa kata ulama yang kita sayangi?

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:

1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5.      Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.



           

Sunday, January 8, 2012

Cerita Motivasi 4 - Pertanyaan Si Gadis kecil


Pertanyaan... Si Gadis kecil


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung...
“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr, Abdullah Ibn abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram.
(As Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(Surah Al Ahzab:32)



“Lantas apa lagi ayah?” sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“Ketahuilah anakku...  Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“Dan ingatlah anakku...  muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya ,”Siapakah yang memiliki ciri - ciri seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya...mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku  lalu  berkata, “pelajarilah... supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”
(Riwayat Al Bazzar)

Jom kita manfaatkan kisah ini kearah menjadi Muslimah Solehah

(diarihati.com)

Cerita Motivasi 3 - Kisah Teladan


2 Kisah Teladan  yang patut dicontohi.


Anak gadis yang jujur.

Kisah seorang anak gadis dan ibunya yang menjual susu. Si ibu ingin mencampurkan susu dengan air untuk mendapat untung yang lebih. Lantas si anak mengingatkan tentang larangan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab agar para penjual tidak mencampurkan air ke dalam susu.

Lantas si ibu memberikan alasan, "Ah! Kalau kita campur pun, mana Amirul Mukminin boleh tahu".

Maka si anak memberikan jawapan yang sangat bermakna, "jika Amirul Mukminin tidak melihat kita, tetapi Tuhan Amirul Mukminin tetap melihat kita!"


Pengembala Kambing

Abdullah bin Dinar yang berjalan bersama dengan Umar al-Khattab ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka terserampak dengan seorang penggembala dari atas gunung. 

Maka Umar cuba mengujinya dengan berkata:
'Wahai penggembala, juallah kepada ku seekor dari kambing itu. Maka jawab pengembala:'Sesungguhnya aku hanya hamba sahaya'.
Umar berkata lagi: 'Katakanlah sahaja kepada tuan mu, bahawa kambing itu dimakan oleh serigala.'

Penggembala itu menjawab dengan ringkas tapi padat:
'Kalau begitu, dimanakah Tuhan?'

Umar menangis mendengar jawapan itu. Lalu beliau mengikutnya pulang menemui tuannya dan Umar membeli hamba si penggembala itu untuk membebaskannya.


Pengajaran :

Demikianlah contoh kejujuran tinggi yang dapat meleburkan sifat tamak haloba dan khianat. Anak-anak yang ditanam rasa kehadiran Allah tentunya akan menjauhi sifat menipu atau mengambil hak orang lain. 

Mudah-mudahan anak-anak kita semua dapat dilatih dengan sifat jujur dan akhlak mulia sehingga meninggalkan sifat jahat dan akhlak yang buruk.

Artikel iluvislam.com

Cerita Motivasi 2 - Kisah Hikmah


 Kisah Hikmah - Profesor dengan  Pendayung Sampan


Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan.

Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. 


Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akan turun..”

“OK semua sudah siap, mari kita balik.” Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.

“Dah lama kamu mendayung sampan?” tanya Profesor kepada pendayung sampan. “Hmm... hampir seumur hidup saya,” jawab si pendayung ringkas.

“Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?” tanya Profesor itu lagi.

“Ya..”jawab pendayung sampan dengan ringkas.

Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu. “Kamu tahu Geografi?” Si pendayung menggeleng..

“Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu.” “Kamu tahu Biologi?”tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu menggeleng lagi.

“Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu.”

“Kamu tahu Fizik?” Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.

“Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu. Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi,” Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor itu hanya menggeleng  kepalanya.

“Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu,” kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh itu.

( planetmotivasi )

Saturday, January 7, 2012

Kartun Islami 3 - Menghargai nikmat Allah


Thursday, January 5, 2012

Kartun Islami 2 - Aurat Lelaki


Kata-kata Inspirasi 1


Sebuah Makna... 

Ketika kerja kita tidak dihargai,
maka saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.
Ketika usaha dinilai tidak penting,
maka saat itu kita sedang belajar KEIKHLASAN.
Ketika hati terluka sangat dalam,
maka saat itu kita sedang belajar tentang MEMAAFKAN.
Ketika kita harus lelah dan kecewa,
maka saat itu kita sedang belajar tentang KESUNGGUHAN.
Ketika kita merasa sepi dan sendiri,
maka saat itu kita sedang belajar tentang KETANGGUHAN.


Tetap semangat..
Tetap tersenyum..
Terus belajar...

Karena bumi ini adalah universiti kehidupan…
Berjuanglah  menjadi pemenang untuk tujuan kehidupan yang abadi
dikampung AKHIRAT!

Kuliah Tauhiid


Wednesday, January 4, 2012

Kartun Islami 1 - Hadis


Tuesday, January 3, 2012

Motivasi - Pelajar




















Pengenalan 

Pelajar Cemerlang mempunyai 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI.

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang.

Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan berdasarkan Abjad ABCDEFGHI adalah seperti berikut:

Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. 

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas 
 Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.


Dedikasi 
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

Monday, January 2, 2012

Cerita Motivasi 1 - Kisah Katak Kecil


Kisah Katak Kecil


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil menyertai pertandingan mendaki bukit. Tujuannya adalah mencapai puncak yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama  untuk menyaksikan  perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta… Perlumbaan pun dimulakan.

Secara jujurnya, tidak ada  satupun penonton yang benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan bisa berhasil mencapai puncak.Terdengar ada yang berkata:
“Eh, jalannya terlalu susah dan pasti mereka tidak akan mampu sampai ke puncak. Bukit itu terlalu tinggi…pasti tidak  akan ada yang akan berjaya."

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu demi satu tewas untuk meneruskan perlumbaan… Kecuali mereka  yang tetap bersemangat  untuk terus mendaki perlahan- lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak lagi, “eh, terlalu susah... tidak akan ada  seekorpun yang akan berjaya." Kemudian lebih banyak lagi katak -katak kecil yang lelah dan menyerah…

Namun...  ada  seekor katak  yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi… Dia tidak kenal erti menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki  bukit kecuali  seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi  satu-satunya yang BERJAYA sampai ke puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya?
Seekor peserta telah bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuannya?

Ternyata… katak yang menjadi pemenang itu adalah seekor katak yang pekak. oleh itu dia tidak mendengar segala kata-kata negatif dari para peninton.


Pengajaran dari kisah ini:

Jangan sekali-kali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis… karena kata-kata mereka akan melemahkan kita.
Mereka akan merampas sebahagian dari besar impian kita dan menjauhkannya dari kita.

Selalulah ingat kata-kata bertuah yang positif. Karena segala sesuatu yang kita dengar dan kita baca akan mempengaruhi sikap dan perilaku kita! Karena itu... selalulah  tetap dengan pandanggn dan sikap  POSITIF

Dan yang terpenting... bersikap TULI kepada  kata-kata yang mengatakan bahwa KITA tidak bisa mencapai cita-cita kita! Selalulah berfikir...
 'I can do it! With Allah's help... everything is possible."

Sebarkan  pesanan positif ini kepada sahabat-sahabat kita.
Berikan mereka motivasi... karena sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa meningkatkan motivasi ke arah yang lebih positif.
(Copy paste - planetmotivasi)

Inspirasi Diri 1




Teknik bagaimana untuk mudah  Senyum


Ramai orang yang cukup susah untuk senyum. Ada orang yang  bukan saja susah nak senyum ikhlas tapi senyum kelat pun susah.

Rasulullah sendiri menggalakkan kita senyum, kenapa?

“Senyum kamu kepada saudara kamu adalah sedekah…”  (Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar)

Teknik bagaimana untuk mudah  senyum. 
Memang teknik ini nampak macam biasa-biasa saja tapi kalau diamalkan anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.

Baiklah, sekarang langkah-langkah untuk senyum adalah:
  1. Sebut “ONE…” dah?
  2. Sebut “TWO….” dah?
  3. Sekarang sebut “THREE…” dan maintain muka tu...  jangan gerakkan muka… bibir anda tentu sedang terbuka sedikit dan bibir anda akan jadi bentuk “U”. Pipi anda juga akan naik sedikit ke atas dan lepas tu mata anda tentu akan mengecil sedikit...

Sekarang cuba buat ulangan semula teknik di atas… kali ni sebut dalam hati je… 
dah boleh senyumkan...?

Ok,  buatlah sekali lagi.. sebut dalam hati je tapi satu dan dua sebut cepat2 dalam hati dan maintain nombor tiga tu…

Memang mula-mula nak amalkan macam kekok je.. tapi itulah antara teknik senyum yang paling mudah…


Tapi harus diingat;
Jangan disebut kuat2 nombor2 tu bila nak senyum  depan orang, nanti orang kata kita tak betul  pulak..  ha ha ha, ingat... dalam hati aje.


Gambar ini akan membuatkan anda tersenyum manis... cuba try, he he he...













Sunday, January 1, 2012

Testimoni NOVEL - Rakan Pembaca



"Novel ini memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa insaf diri. Umur 10 tahun sudah boleh ‘bangun’ dan berfikir dengan lebih matang dari puteri fantasi kepada Puteri Solehah."

Wan Aishah Umaimah Bt Wan Subki
9 tahun -  Sek. Ren. Islam Al Qari



"Jalan cerita dalam novel ini sungguh menarik dan kreatif. Terdapat banyak unsur-unsur suspen, sedih, terharu dan gembira. Yang paling ‘best’ sekali adalah apabila Nur Iman boleh berubah dari puteri fantasinya kepada Puteri Solehah. Tahniah."

Fatin Suhana Bt  Zabidi Azhar
15 Tahun -  Maahad Muhammadi Perempuan

Sinopsis NOVEL - NUR IMAN 'Puteri Solehah'




Novel  Nur Iman 'Puteri Solehah' adalah merupakan karya sulung penulis Ida Rahman terbitan PTS Islamika di bawah tag line 'Syoknya Baca. Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun, seorang yang bersopan santun dan berakhlak mulia. Namanya adalah Putri Nur Iman. Sejak kecil lagi, dia amat  meminati kisah-kisah puteri.

Mungkin kerana memiliki nama Putri maka dia begitu terkesan sekali setiap kali membaca kisah puteri dalam cerita-cerita fantasi seperti ‘Cinderella ‘ atau ‘Snow White’. Akibat terlalu minat...  Nur Iman akan berpakaian ala puteri fantasinya di majlis hari jadinya pada  setiap tahun.

Menjelang hari jadinya yang ke 10,  Nur Iman mula merasakan ada suatu kelainan dalam dirinya dan dia cuba mencari jawapan. Dalam pencariannya itu... Nur Iman telah menemui satu jawapan yang kemudian telah mula merubah pandangannya lalu dia bertekad,  untuk tidak mahu lagi menjadi puteri fantasi, sebaliknya merubah citarasanya  itu  kepada   'Puteri Solehah'.

Mengapakah dia mula bertukar arah… dan apakah faktor yang telah membawanya keluar dari dunia fantasi dan beralih ke dunia realiti? Nur Iman juga berdoa kepada  Allah SWT agar hari jadinya yang ke 10 itu nanti,  akan menjadi satu hari yang paling bermakna buat dirinya.

Tanpa diduga... sesuatu telah berlaku sebelum menjelang hari jadinya. Adakah harapan Nur Iman pada hari jadinya yang ke 10 itu akan menjadi satu kenyataan? Jom ikuti kisah ini dan dapatkan jawapannya.

Novel ini sungguh unik dan ternyata lain dari yang lain. InsyaAllah… kawan-kawan akandapat merasakan  kesan yang cukup positif selepas mengikuti kisah yang menarik ini.  

Foto - Geng Syoknya Baca


Salam Syoknya Baca




Salam perkenalan dengan  Siri Syoknya Baca. 
Untuk makluman, setiap hasil karya penulis Ida Rahman adalah di bawah 'tag line' Syoknya Baca. Syoknya Baca berhasrat untuk mengeluarkan lebih banyak bahan bacaan Islamik untuk kanak-kanak dan remaja Muslim. 

Buku-buku dan novel Islami dalam siri ini  banyak memaparkan kisah-kisah dan pengalaman  yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kanak-kanak dan remaja Muslim. Walaupun sesetengah perkara yang telah ditakdirkan berlaku dalam pengalaman hidup  kita , sering dianggap perkara kecil atau remeh, namun... tidak ada sesuatupun yang diciptakan sia-sia melainkan semuanya telah disusun atur oleh Allah swt.
             
Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, akan melibatkan perasaan yang silih berganti  antara suka atau marah, gembira atau sedih,  yakin atau bimbang, syukur atau kesal, redha atau kecewa dan sebagainya. Semoga silih bergantinya pengalaman dan perasaan itu, akan memberi ruang dan peluang  yang lebih  kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Sebagai hamba Allah... kita perlu tunduk dan pasrah kepada Pencipta yang Maha Agung.
            
Dengan kehadiran siri ini, diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh kanak-kanak  dan remaja yang dahagakan bahan bacaan Islamik yang dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan sebagai  kanak-kanak dan remaja Muslim yang cemerlang. InsyaAllah.
             
 Selamat membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan.


Visi - Geng Syoknya Baca




VISI


Ke Arah Membina Generasi Ulul Albab
 

Geng Syoknya Baca - Blog 4 kids n teens ini diwujudkan  untuk mengajak sahabat-sahabat walau di mana saja berada, samada yang jauh mahupun  yang dekat untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat untuk kebaikan bersama.

Marilah kita jadikan Geng Syoknya Baca ini sebagai satu ruang untuk kita bertukar-tukar fikiran dan berkongsi peristiwa dan  pengalaman yang berfaedah samada yang berlaku pada diri kita maupun di persekitaran kita untuk dijadikan iktibar mahupun teladan.

Mudah-mudahan dengan adanya  ruangan ini, kita dapat berkongsi apa saja maklumat dan pengetahuan yang  boleh dimanfaat bersama dengan sahabat-sahabat diserata tempat tanpa mengira di mana saja berada.

 Firman Allah yang bermaksud;
“Orang-orang yang mendengar perkataan yang baik lalu mengikut apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal.
(Az Zumar : 18)

Jom Sertai - Geng Syoknya Baca







Assalamu‘alaikum buat sahabat-sahabat yang di kasihi sekalian. 

 

Kami   ingin mengajak  sahabat-sahabat sekelian, 
jom beramai-ramai menyertai Geng Syoknya Baca-
Blog 4 kids n teens.

Mari kita manfaatkan kepesatan teknologi digital ini 
secara positif, dengan membina jalinan hubungan
secara ‘online’ untuk berinteraksisecara sihat. Agar kita dapat membina satu jalinan ukhuwah yang mantap sesama kanak-kanak dan remaja Muslim.

 
       
            Peringatan dari Imam Al Ghazali;
           “Ukhuwah itu bukan pada indahnya
             pertemuan, tapi pada ingatan 
             seseorang terhadap saudaranya 
             di dalam doanya.”
 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men